Pengguna platfom e-dagang pada masa ini amat berkembang dan mempunyai pengguna yang semakin meluas. Penggunaan imej yang menarik dan kreatif akan meningkatkan lagi jualan sesetengah jualan produk yang dijual di atas platfom e-dagang ini. Ini kerana para pembeli dan pengguna suka melihat gambar dan keputusan untuk membeli sesuatu barangan itu bermula dengan hubungan di antara pengguna dan gambar yang digunakan untuk mempromosikan sesuatu barangan.
Para peniaga atas talian, blogger, agensi pemasaran atau pengumpul gambar estetik akan sanggup bayar untuk kualiti gambar yang bagus yang mampu meningkatkan mutu dan jualan produk mereka. Dengan menggunakan kamera yang bagus dan mata seni yang kreatif, anda akan mampu menjana pendapatan dengan hanya menggunakan kamera anda!
Labur untuk peralatan fotografi yang bagus
Tanpa peralatan yang bagus, anda tidak akan dapat mengambil gambar yang boleh dijual ataupun sellable. Untuk mendapat hasil gambar yang berkualiti tinggi, anda perlu melabur sedikit untuk peralatan yang akan digunakan. Tidak dinafikan, kamera yang sedia ada dalam telefon pintar kita pada mampu menghasilkan gambar yang hasilnya setaraf dengan gambar yang diambil menggunakan DSLR, namun anda tidak akan mempunyai kawalan yang sama seperti DSLR iaitu kawalan terhadap bukaan (aperture), kelajuan rana (shutter speed) dan ISO.
Apabila kita bercakap tentang peralatan, ianya merangkumi tripod, pencahayaan, lens dan juga backdrop. Anda juga boleh menambah peralatan lain sekiranya anda rasa ia adalah satu keperluan untuk anda. Terdapat banyak complete kit untuk fotografi yang boleh didapati di pasaran pada hari ini. Dengan peralatan yang mencukupi, pasti hasilnya akan lebih menarik dan lebih banyak $$$ yang dapat diperoleh nanti!
Latihan dan latihan!
Jika anda inginkan pengetahuan yang lebih meluas tentang fotografi dan bagaimana cara untuk mendapat hasil gambar yang menarik, terdapat banyak kelas fotografi secara atas talian yang anda boleh ikuti. Anda juga boleh mendapatkan tips-tips bagaimana untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam fotografi menerusi blog-blog mahupun pinterest. Google sahaja, semuanya di hujung jari!