Free Grab Delivery & Lalamove for order above RM1000! (For Klang Valley customer)
Newell LED Lamp Air Artha

Untuk content creators yang inginkan sumber pencahayaan yang lembut dan sempurna untuk content mereka, lampu LED Newell Air Artha adalah jawapannya! Output pencahayaan mudah dikawal dengan suhu warna dan kawalan kuasa selain diffuser yang didatangkan bersama untuk mendapatkan cahaya lembut sesuai yang diingini. 

Newell Air Artha dibina dengan diffuser dan akan menyenangkan anda untuk mencapai keterangan cahaya yang anda ingini tanpa memerlukan aksesori tambahan. Output cahaya dan suhu warna dapat disesuaikan tanpa batas menggunakan knob dan paparan dan alat kawalan jauh memudahkan parameter kawalan (perimeter control).

 

Reka bentuk yang kemas

Reka bentuk lampu LED Newell Air Artha membolehkannya dipasang pada tripod pencahayaan menggunakan built-in holder. Reka bentuknya juga membolehkan penyelarasan sudut dibuat ketika lampu digunakan.  

Selain reka bentuknya yang mudah alih dan mudah digunakan, reka bentuk Air Artha ini juga adalah moden dan sleek, sesuai untuk mereka yang sukakan peralatan yang berkuasa tinggi di samping mempunyai reka bentuk yang cantik dan moden. 

 

2 Cara penggunaan yang berbeza

Lampu Newell Air Arth boleh digunakan dengan dua cara. Yang pertama adalah menggunakan baterii siri NP-F yang boleh dibeli secara berasingan. Penunjuk pada paparan display membantu menilai status pengisian sel. Cara kedua untuk menggunakan Newell LED Air Artha ini adalah dengan menggunakan AC DC 15 V, yang terdapat dalam pakej.

 

Pengalaman bertahun-tahun

Jenama Newell telah hadir di pasaran selama bertahun-tahun dan mempunyai komuniti pelanggan yang berpuas hati di kalangan profesional dan fotografi amatur

 

Spesifikasi Newell LED Air Artha:

- Nisbah CRI:> 95

- lux: 1000 (setiap 1 m)

- kuasa maksimum: 35 W

- suhu warna: 3200/5600 K

- bekalan kuasa: bateri siri NP-F (tidak termasuk) atau penyesuai DC 15V (termasuk)

- jenis penyejukan: pengudaraan semula jadi

- dimensi (mm): 407 x 407 x 10 mm

- berat: 1637 g (tanpa bateri)

 

Newell LED Air Artha juga didatangkan bersama 1 tahun warranty untuk setiap pembelian. Jika anda ingin mengetahui info lanjut mengenai Air Artha ini, anda boleh klik disini!